Make your own free website on Tripod.com

gendang.5.jpg

Elemen Penting Dalam Gendang Melayu Sarawak

Pengenalan | Dendangan | Gendang | Tandak | Bermukun | Pantun | Pantun | Audio & Visual

Gendang

Rupa bentuk alat muzik ini sudah diketahui ramai. Yang menjadi persoalannya, bagaimana irama Gendang Melayu Sarawak dapat dihasilkan daripada gendang ini. Alat muzik yang biasanya dimainkan oleh golongan wanita mempunyai pukulan asas di tengah dan di tepi. Di tengah pukulannya pak dan di tepi pukulannya pung. Tingkah-meningkah antara pak dan pung akan menghasilkan rentak Gendang Melayu Sarawak.

Pukulan asas dalam Gendang Melayu Sarawak dengan sederhana perlahan dengan dua pak satu pung. Pukulan ini ramai yang menyebutnya sebagai pukulan induk. Ada sesetengah tempat menyebutnya sebagai pukulan adi sama seperti dalam permainan hadrah. Kedua-dua seh gendang boleh menggunakan pukulan induk dalam satu-satu persembahan namun bunyinya agak kurang baik. Yang baiknya ialah apabila pukulan induk itu diiringi dengan pukulan anak atau tingkah. Pukulan tingkah merupakan satu pung untuk meningkah pung pukulan seh gendang pertama. Ada juga yang mengamalkan pukulan meningkah dengan pukulan gerinjam dengan dua pung meningkah sekali pung gendang seh gendang pertama. Cara begini harus dikendalikan secara berhati-hati agar tidak merosakkan atau sumbang pukulan keseluruhannya.


<<<gendangmelayusarawak>>>