Make your own free website on Tripod.com

gendang.5.jpg

Elemen Penting Dalam Gendang Melayu Sarawak

Pengenalan | Dendangan | Gendang | Tandak | Bermukun | Pantun | Pantun | Audio & Visual

Tandak

Peranan yang dimainkan oleh golongan lelaki ini merupakan tarian atau gerak joget. Gerak asas ialah dengan menggunakan depan telapak kaki untuk menapak meningkah irama gendang selain menggunakan tumit telapak kaki untuk menapak ataua kedua-duanya sekali. Pola asas kereografinya merupakan gerak sorong tarik antara kedua-dua penari.

Terdapat bunga-bunga tandak yang mengindahkan lagi persembahan. Ia termasuklah tanadak menapak setempat, menapak sorong tarik, teter, seret, sauk, sendeng dan diakhiri dengan tandak sasi. Bunga-bunga ini merupakan variasi tambahan pada pola asas kereografi tandak. Yang penting di sini ialah apabila terdengar pukulan pung dari gendang, tumit atau hujung kaki mencecah lantai. Hayunan tangan haruslah bertentangan yang membawa maksud apabila kaki kanan membuat hentakan, tangan kiri yang dihayun. Begitulah sebaliknya. Ia samalah seperti hayunan kaki dan tangan dalam perbarisan.

Bunga-bunga tandak ini banyak ditiru daripada cara-cara ayam berlaga. Biasanya untuk memulakan tandak dalam pertandingan, kita menapak setempat untuk beberapa ketika sebelum kita membuka bunga seterusnya dengan memerhati teliti gerak badan lawan kita. Namun begitu, ada yang meggunakan teknik memotong masuk dengan bertepuk tangan dan terus dengan bunga sorong tarik atau berteter dahulu.

Pada akhir sesi menopeng khususnya dalam pertandingan terdapat sejenis tandak yang iramanya bertukar menjadi cepat tanpa pantun atau dendangan daripada seh gendang. Ia merupakan isyarat berakhir sesi menopeng dan penopeng haruslah menari tandak sasi. Tandak sasi dilakukan dengan menghayun sebelah kaki ke hadapan sambil sebelah kaki lagi melonjak-lonjak kecil mengikut rentak gendang. Ia dibuat serentak oleh kedua-dua pasangan dan kaki yang dihayun bolehlah diselangselikan antara kiri dan kanan.


<<<gendangmelayusarawak>>>