| Dendangan
                                    
 Ia dikatakan dendangan kerana pelbagai
                                    irama didendangkan oleh seh gendang ( pemukul gendang dan jurupantun ). Dendangan pantun empat kerat itu yang biasanya mengulang
                                    bait kedua dan bait keempat pantun untuk mengindahkan dendangan tersebut.
                                    
 Irama yang begiut popular dalam aktiviti
                                    bergendang di Sarawak ialah Seri Sarawak atau Sayang Sarawak, Samsudin, Labuan, Bercerai Kasih dan banyak lagi. Irama ini
                                    mempunyai perbezaan yang signifikan di antara satu sama lain. Kini memang terdapat irama-irama yang lain yang agak moden sifatnya
                                    berdasarkan lagu-lagu kontemporari semasa. Ia tidak lagi disebut sebagai gendang melayu asli sarawak.
                                    
 Nama nama irama tersebut mempunyai
                                    sejarah dan identiti kejadiannya tersendiri yang secara kebetulan berlaku pada saat irama itu dicipta. Sebagai contoh penciptaan
                                    nama irama tersebut ialah Samsudin yang berasal dari nama seorang tokoh tempatan yang begitu meminati aktiviti bergendang.
                                    Laila Majnun dan Dandan Beranyut banyak dikaitkan dengan episod-episod epik dalam Syair Kitab Tajul Muluk iaitu Dandan Setia
                                    dan Laila Majnun.
                                    
 Irama-irama ini dilambangkan
                                    pula dengan pantun-pantun permulaan yang memberi perlambangan terhadap irama terbut :-   Labuan :   Sayang Labuan Pulo di laut, Khabar berita pulo yang tumbuh, Salam mu tuan saya menyambut, Asal rahsia disimpan teguh.   Dandan Beranyut :   Tuntung dian tuntung pelita, Hendak menyuluh si batang sirih, Berperang dandan dengan dewa, Kerana merebut intan terpilih.
                                    
 |