Sehingga ke hari ini
masih belum diketahui pengasas kepada Gendang Melayu Sarawak. Walaupun begitu, para pengkaji serta penggiat seni di rantau
ini sentiasa ingin mendalami kebudayaan gendang melayu sarawak disebabkan keunikannya yang tersendiri.
Dalam aktiviti bergendang atau
lebih mesra dikenali sebagai menopeng, 3 elemen penting mestilah wujud. Elemen-elemen tersebut merupakan dendangan, pukulan gendang dan tandak. Selain itu wujud elemen-elemen tambahan
yang menyerikan lagi aktiviti bergendang tersebut seperti elemen kereografi, busana, pantun, alat muzik tambahan ( ramian
) dan banyak lagi.
|