Gendang Melayu Sarawak

gendang.5.jpg

Welcome!

Selamat Datang Ke Website Gendang Melayu Sarawak

Pengenalan | Dendangan | Gendang | Tandak | Bermukun | Pantun | Pantun | Audio & Visual

 Gendang Melayu Sarawak merupakan aktiviti yang begitu popular di negeri Sarawak. Ia begitu sinonim dengan kewujudan pelbagai aktiviti harian masyarakat setempat. Kepelbagaian aktiviti ini diterjemahkan dalam bentuk aktiviti kebudayaan yang disebut Gendang Melayu Sarawak atau lebih terperinci lagi Gendang Melayu Asli Sarawak. Tak hairanlah kalau pelbagai rentak, tandak dan pantun dalam aktiviti bergendang tersebut banyak mengandungi perlambangan aktiviti harian mereka.

Sehingga ke hari ini masih belum diketahui pengasas kepada Gendang Melayu Sarawak. Walaupun begitu, para pengkaji serta penggiat seni di rantau ini sentiasa ingin mendalami kebudayaan gendang melayu sarawak disebabkan keunikannya yang tersendiri. 

Dalam aktiviti bergendang atau lebih mesra dikenali sebagai menopeng, 3 elemen penting mestilah wujud. Elemen-elemen tersebut merupakan dendangan, pukulan gendang dan tandak. Selain itu wujud elemen-elemen tambahan yang menyerikan lagi aktiviti bergendang tersebut seperti elemen kereografi, busana, pantun, alat muzik tambahan ( ramian ) dan banyak lagi.

gendang.6.jpg

<<<gendangmelayusarawak>>>